Nuffnang Ads

Saturday, October 23, 2010

Kedai Bayi di Melaka


Emm..bukan senangkan nak cari barangan bayi kat Melaka. Maksud ummi, ummi nak beli barangan hamizan brand yang sama.Ummi beli breast pump manual brand Avent, so kalau boleh ummi nak cari produk lain tapi brand yang sama. Contohnya feeding bottles, pacifier, bottle warmer, sterilliser dan banyak lagi. Ummi cari kat shopping mall memang ada tapi tidak semuanya barangan avent ada di situ. Puas ummi keliling kedai bayi di Melaka, tapi hampa. Suatu hari, ummi terbaca satu majalah Explorer yang mengiklankan satu kedai yang menjual barangan bayi. Ummi tergerak hati nak singgah (saja nak tengok-tengok). Wahhhhhh...apa yang ummi hajatkan telah pun tercapai :))) (ecehhhhhhhhh). Kedainya simple dan kecil (nampak di luar sahaja) tapi pabila ummi masuk (tu diaaaaaaaaaa) macam-macam ada. Semua branded stuff ada di situ. Yang membuatkan ummi lagi teruja, tauke di situ boleh bagi harga diskaun (memang berbaloi)... So...ibu-ibu dan bapa-bapa di Melaka dan di mana sahaja, Jom singgah kedai ni...pasti datang lagi....service customer nya memang tip top...(baik punyerrrrr).

Kena rajin kalau.....

Sebelum ummi memulakan bicara, ummi nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kak Azrina coz call ummi (Nana)  baru-baru ni. Alhamdulillah, banyak sungguh info penyusuan yang Kak Azrina beritahu pada ummi. Yelah, ummi ini umpama orang buta yang minta dipimpin untuk menyeberang jalan...huhuhu. Banyak betul knowledge yang dikongsikan pada ummi walaupun setengah jam di talian, Seronok betul ummi  . Antara nasihat yang ummi dapat dan ummi ingin berkongsi bersama;

Buat jadual mengepam susu

Kalau kita nak banyakkan susu sehingga tempoh yang lebih lama, kita kena rajin perah susu. Ini adalah untuk meransang hormon susu keluar lebih banyak. Sekuarang-kurangnya kena perah 3 jam sekali, kalau tidak susu akan berkurangan (sebab kurang ransangan) ... (huhuhu...cabaran yang perlu ummi galas). Oleh itu ummi perlu buat jadual. Waktu yang ummi fix kan untuk mengepam susu badan bermula pada pukul 6pg, 9pg, 12 tghr, 3ptg, 6ptg, 9mlm, 12tgh mlm, 3 pg hingga lah seterusnya. Yang penting ibu yang menyusukan bayi kena kerja keras. Perlu kosongkan payudara 3 jam sekali. Apabila kita mengepam susu, otak memberikan signal "aku nak susu lagi. Seelok2 nya, mengepam dengan pam elektrik (yang guna 2 pam sekaligus). so, cayok ummi....

Tuesday, October 12, 2010

Set B: Breast-feeding


Hari ni ummi nak citer pulak pasal produk shaklee set b (breastfeeding set). Inilah supplement yang banyak membantu ummi membanyakkan susu badan. Ummi bukanlah teror sangat nak bercerita tentang produk ni. Ummi sekadar nak berkongsi pengalaman. Ummi banyak mengambil info produk ni daripada ibu2 yang menyokong penyusuan badan contohnya blog dari "Kiosk Shaklee and me" dari mamayangcekal (kak along azrina) serta blog mysuperkids (kak azlina). Bagi ummi inilah produk killer dari shaklee. 

Anda semua nak tahu, sebelum makan set B ni (killer produk), susu ummi putih je (eh...berkhasiat tau), tapi setelah pekena dengan set B ni susu ummi mula menjadi kuning pekat (lagi bertambah khasiatnya). Emmm..ini bermakna susu ummi bertambah sedap dan berkualiti (ngomel Hamizan dengan caranya ..haahahahah). Hamizan sekarang cepat kenyang dengan susu ummi. Buktinya, hamizan minum susu tidak memerlukan masa yang lama lagi (sampai tersengguk-sengguk ummi menyusukan). Hamizan juga tidak terlalu kerap meminta (kalau dulu sejam sekali minta...huh). Yelah baby boy kan kuat minum susu. Terkadang tu, ummi jadi risau, Hamizan tidur je (eh...tak lapau ke anak aku ni??). Kalau dulu ummi tunggu Hamizan merengek nak susu, tapi sekarang da ballance (huhuhu) ummi akan kejut Hamizan untuk menyusu (yelah, takut bengkak sebab air susu banyak.

Ummi ada bertanya dengan rakan ummi tentang pengambilan supplements sebagai penambahbanyakkan susu badan. Tetapi jawapan yang diberi "emmm..setakat ni akak takde masalah susu kurang..susu masih maintain banyak". Alhamdulillah, rezeki dia banyak susu. Tapi sebenarnya bagi ummi, tidak ada salahnya kalau kita mengambil supplements. Ibu-ibu yang mengambil suplemen akan meningkatkan taraf kesihatan mereka dan memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yang sedia kaya yang diciptakan oleh ALLAH

Hamizan kalau dah habis minum susu ummi, pasti tersenyum dan mula mengomel macam da pandai bercakap (mungkinlah dia kata "wahhhhhh...bes nya susu ummi, lemak berkrim,") hahahahaha. Sebagai seorang ibu, kita haruslah beri yang terbaik pada anak kita. Susu ummi sekarang semakin banyak dengan pengambilan set B ni.

Apa yang ada dalam set B? Set B untuk breastfeeding ada banyak. Ummi makan 5 jenis vitamin antaranya Alfafa, B-complex, Vita-C, Vita-Lea dan perfomance drink. Khasiat yang ada pada semua vitamin ni ialah: 

1) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

2) B Complex 

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.  Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

3) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

4) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.  Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

5) Perfomance Drink.


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong mencegah dehydration.

Berdasarkan pengalaman ummi yang tidak seberapa ni, ummi sangat berpuas hati dengan hasil yang ummi dapat. Hamizan kenyang dan sihat. Ibu sekadar memberi saranan dan bukan paksaan. Lagipun Set B ni tidaklah terlalu mahal dan semua mampu milikinya. Set B ni didatangkan dengan trial pack, juga full pack.Fikir-fikirkan lah ye. 

P/S: SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA ATAU MEREKA YANG TURUT SERTA MENGEDARKAN PRODUK SHAKLEE INI. :)))

Terima kasih suamiku..

Dalam tempoh menyusukan anak, suami ummi paling banyak bersabar. Abi Hamizan bersusah payah menunaikan hasrat ummi untuk menyusukan Hamizan secara eksklusif. Ye, terkadang ummi nampak abi bosan dengan bebelan ummi tentang susu badan. Rupanya sangkaan ummi meleset, abi berusaha dapatkan supplements yang terbaik buat ummi. Thanks hubby..luv u one dunia & akhirat.

Bagaimana nak banyakkan susu badan??

Di suatu petang, di dalam surau sekolah Munshi Abdullah, ummi terlihat seorang guru sedang menyorok di sebalik dinding surau. Beliau tekun melakukan sesuatu. "Akak buat apa tu?" ummi bertanya. "Hehehe..akak tengah berjuang memerah susu badan". E'eh, bestnya ummi lihat pengorbanan cikgu tu. Beliau sanggup memerah susu di waktu rehat. Itulah cikgu (Cikgu Fadzilah Yusof) yang telah mengikat nawaitu ummi untuk menyusukan anak-anak ummi dengan susu badan.  Ketika itu ummi baru hamil 4 bulan.

Ummi mula teringat salah satu ayat al-Quran yang menyebut tentang penyusuan ibu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233).
Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang terbaik kerana terdapat banyak kebaikan dan ganjaran yang menanti bayi dan juga ibu. Malah kajian sains banyak menunjukkan bahawa susu ibu amat penting bagi menjamin perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu kerana Allah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai daripada badan sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang antara bayi dan ibu.
 
Kalau dilihat berdasarkan pengalaman ummi, selepas bersalin ummi tidak dapat menyusukan Hamizan. ini kerana susu ummi langsung tidak keluar. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Namun ummi tidak mudah mengalah, ummi cuba dapatkan info bagaimana nak banyakkan susu ibu. Tips ni ummi dapatkan dari blog ibu-ibu yang menyokong penyusuan susu ibu. Antaranya:


Penjagaan Psikologi


Sebenarnya, ketidakstabilan psikologi (tekanan perasaan) atau lebih tepat lagi stress boleh menjadi menjadi penyebab kurangnya susu badan kita. oleh itu, semua para ibu, ummi, emak, mama, mummy, bonda dan sesipa yang menyusukan bayi haruslah;
1) Kerap berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jika susu mulai kurang, anda jangan panik, berfikirlah secara positif bahawa anda mampu memberikan yang terbaik pada anak anda. Anda haruslah mencari alternatif untuk membanyakkan susu badan. Ini kerana terdapat pelbagai cara membanyakkan susu badan. Dan jangan lupa, banyakkan berdoa kepada Allah, mudah-mudahan susu anda kembali normal.
2) Sewaktu mengepam susu, bayangkan wajah anak anda. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyak susu anda. Anda kosongkan payudara anda bermakna anda menghantar isyarat bahawa anda nak susu lagi.


Penjagaan Pemakanan
1) Makanan yang diambil perlulah seimbang dan cukup untuk anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Kalau bab pantang larang (ini leh makan, ooo.. ni tak boleh..nanti anak kembung)itu ummi tak pasti. Terpulang pada pendapat masing-masing. Kalau ummi, tak berani minum air batu (ais), sebab Hamizan akan kembung perut.
2) Minum air masak selalu. ibu yang menyusui bayinya sangat memerlukan air. Ummi makan supplement tambahan (Shaklee set B) yang memerlukan banyak air, sekurang-kurangnya 2 liter.
3) Selain itu, kata orang tua-tua, longan putih, kurma, Kismis, lobak putih, peria, betik, air barli dan halba (minum air rebusan halba) dapat membantu banyakkan susu.
4) Pengambilan homopati juga dapat banyakkan susu. Antara homopati yang ummi tahu produk Salindah. murah je.

Bagi memastikan penyusuan ini berterusan, sokongan padu daripada suami, keluarga, majikan dan rakan sekerja adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada generasi yang bakal menjadi tunggak negara. Bukankah anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai, setitis susu ibu juga kurniaan Allah yang berharga, jadi mereka perlu mendapatkan makanan yang terbaik. Justeru, fikirkanlah.

Usaha keras ummi & abi buat hamizan

Susu ibu yang terbaik untuk anak kita...

Kata-kata inilah yang memberi ummi semangat untuk menyusukan Hamizan... Tanggal 15 oktober..ummi disahkan mengandung 5minggu. Ummi & abi betul-betul bersyukur ke hadrat ilahi, bakal dikurniakan cahayamata. Minggu demi minggu ummi & abi bersabar, bulan berganti bulan kami menunggu sehingga lah tibanya waktu kelahiran. Alhamdulillah, pada 7 Julai 2010, Muhammad Hamizan selamat dilahirkan. Rupa-rupanya, beginilah sakitnya melahirkan, di saat itulah ummi mula merasai pengorbanan seorang ibu [nenek hamizan: Salmiah Hj. Mohd Noor]. 

Kini, ummi mula merasai kehidupan baru, janggal rasanya. Apa yang penting dalam pemikiran ummi, pada waktu ini "ummi nak menyusukan anak ummi". Ya Allah, sebenarnya bukan mudah untuk menyusukan bayi (bf). dugaan hari pertama, susu badan ummi langsung tak keluar. Hamizan mengamuk pabila hisap, susu ummi tiada. Terlalu banyak rintangan ummi nak tetapkan pendirian (fully bf). Pelbagai halangan, antaranya"susu badan tak kenyang, so bagi saja susu tepung". Ohhhh...hampir meroyan ummi dibuatnya. Ummi yakin Allah Maha Penyayang dan Maha Kaya, dan Dia akan makbulkan permintaan tulus seorang ibu. Masuk minggu kedua kelahiran, ummi berjaya menyusukan Hamizan sepenuhnya dengan susu ummi sendiri.

Cabaran lain pula menyusul, susu ummi kurang banyak. Dalam berpantang ummi melayari internet, nak tahu tips banyakkan susu badan. Akhirnya ummi berminat dengan satu blog yang menyarankan supplement tambahan (Shaklee produk: Set B) yang mampu membanyakkan susu badan. Wah, hasilnya sangat menerujakan. Hamizan lebih cepat kenyang dan lebih sihat serta ceria. Huhuhu..ummi sangat gembira. Apatah lagi abi Hamizan yang banyak membantu ummi.

Cabaran seterusnya ialah apabila ummi mula masuk bekerja (selepas 60 hari), huh' kena buat stok susu untuk Hamizan. Adakalanya ummi rajin memerah, ada masanya malas, kalau da bengkak baru ummi perah, huhuhu. Yelah penat seharian di sekolah melayan kerenah anak murid, pulang ke rumah menumpukan perhatian pada si anak. Nenek hamizan ada warning pada ummi, "kalau stok susu xcukup, mak bagi minum susu tepung!". Saat itulah ummi mula tersedar dari leka dan kelalaian ummi sendiri. Ummi mulakan perjuangan ummi. Alhamdulillah, kini ummi xleka. Demi anak ummi yang ummi sayang, ummi akan pastikan anak ummi minum susu ummi dengan sihat dan bertenaga. Cayok ummi.