Nuffnang Ads

Saturday, December 25, 2010

Cara cuci cd

Setelah cd digunakan untuk tempoh tertentu kadang2 serapannya dah kurang power kerana beberapa faktor seperti:
- built up detergent
- terguna detergen/sabun yang tak sesuai
-terguna peluntur
-cd asyik bocor

bahan2 yang diperlukan:
-air paip
-pencuci pinggan (sunlight etc)
-cuka (distilled vinegar)
-soda bikarbonat

Cara2nya(katakan nak stripwash insert)
1. Masukkan insert2 yg nak distripwash dalam baldi yg berisi air suam (air paip + air panas)
2.ambil 1 insert dan letak sedikit sunlight dan gosok/gonyoh/ tenyeh/sental insert tu gently. Xperlu guna berus.
3. Ulang pada semua insert.
4.bilas dengan air bersih.
5. Untuk lebih puas hati, masuk semua insert yg dah dibilas dalam mesin basuh dan masukkan sedikit distilled vinegar Dah tak perlu masukkan sabun).basuh mcm biasa.
6. Dan saya ulang sekali lg basuhan dan letak sedikit soda. Then, sidai sampai kering.

Note ttg distilled vinegar: dulu saya guna cuka makan tp lepas dpt info dr Hanz ttg distilled vinegar, saya skrg guna distilled vinegar utk stripwash cd.

Ada juga di kalangan CDing mom yang tak guna cara ni tapi gunakan 100% SUNLIGHT (cahaya matahari) utk stripwash.

Tujuan guna cuka utk neutralkan tahap acidic pada insert.

Soda pulak bertujuan utk lembutkan dan putihkan insert.

Jika insert mcm dah keras2 sikit, blh rendam dalm air panas tp kejap je.jgn tinggal semalaman pulak.

Utk nak tahu insert perlu di striwash atau tidak blh wat ujian sendiri. Cuba curahkan air paip kat insert yg kering. Tgk kadar resapan.kalo agak2 dah kurang meresap, leh la buat stripwash tu.

Begitu juga dengan inner, caranya sama jugak, tp jgn sesekali rendam cover ngn air panas. Rosak nanti.

Catatan ini mengikut pemahaman. Terpulang pada kehendak masing2..jika ada salah inform, sila bagitahu saya. Kita share sama2..

Sumber diambil dari Nikmedaistore http://medaimedai.blogspot.com)

Cloth Diaper ...berbaloi

Pagi yang indah…………. Hari ni ummi nak stoli moli kat ibu2 la tntg cd. Cd????????? Huhuhu..stoli susu ibu jap g eh. Sebenarnya ummi ni suka sebarkan sesuatu perkara yang boleh mebawa manfaat bersama. Ummi da gna cd ni pada hamizan…huhu..baby suka, abi suka, ummi lagi sukaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. Jimat duit abi kan..:p.

APA DIA CLOTH DIAPER?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

APA KEISTIMEWAANNYA?
Ia amat menjimatkan wang anda !
Oleh kerana lampin ini boleh di cuci dan di pakai semula, anda sekarang boleh menyimpan wang yang lebih.
Bayangkan sehelai lampin secara purata berharga 0.50 ¢ sehelai dan setiap hari anda menggunakan sekurang-kurangnya 8 helai lampin pakai buang. Ini bermakna anda membelanjakan RM 4 sehari = RM 120 sebulan = RM 1440 setahun.
Jika anda melaburkan wang anda dengan cloth diaper sebanyak RM 45 sehelai bermakna anda hanya membelanjakan RM 360 setahun dan boleh di gunakan semula sehingga 3 tahun!
Mana lebih jimat ? Dah tentu lampin kain bukan?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?
Rekaan yang sungguh unik dan moden !
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
Warna -warna yang memikat !
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.
Dan banyak lagi............

Sunday, December 12, 2010

MENYUSUKAN BAYI DENGAN JAYANYA

6 perkara penting dalam menentukan kejayaan si ibu dalam penyusuan;

i)   NAWAITU

Ingat, niat untuk menyusukan bayi itu penting. Tidak kiralah bagaimana atau apa cara lafaz niatnya. Jika hati terdetik mahu menyusukan anak itu juga dikira sebagai niat yang tulus dan murni. Kalau ummi, "Sahaja aku nak menyusukan anakku dengan susuku sendiri," huhu, mudahkan. :)))

ii)  SOLAT 5 waktu

Solat dari segi bahasa ialah doa. Manakala istilah ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam disertai beberapa syarat-syarat yang tertentu. Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan Pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada Pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. 

iii) TEKAD dan berAZAM untuk menyusukan sendiri bayi secara eksklusif.

Apa beza niat dan azam. Huhu, dalam Islam setiap perbuatan atau pekerjaan mesti bermula dengan niat.  Apabila seseorang memasang niat untuk melakukan sesuatu, belum pasti dia akan melaksanakannya atau tidak. Maka dengan tekad dan azam lah, hati dan jasad seseorang itu tergerak untuk melakukannya dengan lebih jitu dan bersemangat. Sebagai contoh mudah, "Alahamdulillah, ummi dah hamil 2 bulan. Ummi nak susukan anak ummi dengan susu badan ummi sendiri,". So bila baby da lahir, ummi dengan tekad melafazkan "Anak ummi minum susu ummi tau, no bottle2 (milk powder la),". Huhu..okey ke perumpamaan ini...ok kot.

iv) THINKING POSITIVE dan jangan sesekali memikirkan anda akan gagal.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ummi…ianya penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. 


v) SOKONGAN dan dorongan sepenuhnya daripada orang-orang yang rapat terutamanya SUAMI..uiii penting ni.

Kenapa SUAMI??  Suami adalah ketua keluarga. Suami mempunyai kapasiti dan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju rumah tangganya. Dia harus memandang positif proses penyusuan ibu, dan kesannya terhadap keluarga, khususnya perkembangan anak, sekaligus memberi sokongan 100% kepada pasangan hidupnya. Sebagai ketua keluarga juga, suami bukan sahaja patut membenarkan kaum ibu untuk menyusukan anak, malah mereka juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk menjadikan proses penyusuan ibu lebih efektif. Di sinilah, pihak suami perlu memberi kata-kata semangat dan galakkan untuk menguatkan lagi semangat pasangan masing-masing agar meneruskan usaha murni mereka seperti ungkapan yang membangkitkan emosi yang tenang dan selesa, ataupun sekadar menjadi pendengar setia kepada luahan pasangan tercinta. Pada waktu yang sama, kehadiran suami di sisi isteri pun kadang-kadang sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada mereka. Huhu, percayalah, aura suami kepada isteri adalah sangat luar biasa, begitu juga sebaliknya.

vi) INFO PENYUSUAN

Digalakkan kepada para ibu membanyakkan pembacaan tentang penyusuan. Ibu-ibu boleh mendapatkan sebanyak mana ilmu mengenai penyusuan seperti berbincang dengan wanita yang lebih tua dan  ibu-ibu yang berpengalaman. Dapatkan nasihat dan sokongan mereka. Ini semua adalah sebagai persediaan awal untuk menangani masalah yang timbul selepas bersalin seperti puting pendek, susu kurang, bayi tidak pandai menghisap payudara dan sebagainya. Info penyusuan juga boleh didapati mana-mana hospital kerajaan atau swasta rakan bayi yang berdekatan.

P/S: Mungkin para ibu di luar sana ada info tambahan "bagaimana mahu mengecapi kejayaan dalam penyusuan". Adalah dialu-alukan para ibu memberikan sedikit sebanyak info untuk dikongsi bersama :))


Friday, December 10, 2010

BAYI SIHAT DENGAN SUSU BADAN (PART I)

Wahhhhhhh..dah lama ummi x menulis.. sebab apa???? hehehehe,,,bz ar. Ummi sebenarnya tengah belajar memandu, baru nak amik lesen. Dah settle pra-test..lulussssssssssssss..tapi. Tapi apa?? Gagal di pertengahan jalan. Hak333333. Waktu test JPJ ummi gagal di bahagian II (iaitu bukit maaaaaaaaaaaaa) tapi bahagian III (jalan raya) ummi lulus dengan jayanya. Agaknya kenapa ye boleh gagal?? Mungkin ada hikmahnya kan.. Ujian Allah buat ummi, kena fokus ketika memandu. Betul tu. So ummi,, 15hb ni kna buat betul2.

Hari ni bukan nak cer pasal ummi lulus atau tidak dalam ujian memandu. Ummi nak cer pasal 2 orang kawan ummi. Pertama, kawan sekerja di SMK Munshi Abdullah (cikgu kaunseling; Fauziah Mohd Shah n anaknya. Haha. Nak tengok gambar anak nya x?? Jeng jeng jeng..


(tu diaaaaaaaaa...) Emmmm..apa pandangan anda..sihatkan bayi ini, baru 3 bulan (lahir 31 Ogos 2010) dan berat badannya sudah mencecah 6.8 kg. Wahhhhhhhhhhh... Namanya Adam Husaini. Nama pun best.. Adam diberikan oleh ibunya susu badan secara eksklusif. Baru-baru ni Adam mendapat suntikan. Alhamdulillah demam Adam sekejap je, xmelarat pun. Bak kata ummi Adam " Inilah keberkatan susu ibu",.. betul tu kak, saya sokong sepenuhnya.

Kedua, kawan ummi dari kecil lagi (Puan Nurul Suhada Anuar). Sahabat baik ni. Susah senag kami bersama. Ini lah gambar anaknya.

Nama baby ni  Muhammad Salihin Iman. Umurnya baru mencecah 1 bulan 28 hari (lahir 13 Okt 2010) dan berat badannya 4.8 kg. Emm..tembam kan...nak gigit jer rasanya. minum susu ibu gak baby ni. Sangat sihat dan bila didukung, huh semangatnya, baru sebulan lebih ni .Huhuhuhu.


Inilah rakan-rakan ummi yang menyokong sepenuhnya penyusuan ibu (oppss sebenarnya ramai, cuma ummi terpegun dan terkasima melihat tumbesaran anak-anak mereka dengan sihat). Tahniah yerr. Gembira rasanya. Apa yang ummi nak simpulkan di sini, ibu2 di luar sana, termasuk bapa2 n ibu2 mertua ye,,(huhuhu), jangan risau, jangan bimbang dan jangan sekali-kali ragu akan khasiat dan hebatnya susu badan. Nak cerita tentang hebatnya susu badan ni, huh berjela-jela. Apa yang penting, dengan susu ibu menjadikan anak-anak kita lebih pintar dan sihat. Subhanallah. Okay kita tunggu info seterusnya dalam part II.