Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besiatau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.
Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelitapabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.
Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
- daging;
- ayam;
- ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
- sayur-sayuran berdaun hijau;
- dan, buah-buahan kering.
No comments:
Post a Comment