Nuffnang Ads

Thursday, August 2, 2012

NABI MUHAMMAD & SUSU KAMBING

Anda sudah maklum kan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengembala kambing sebelum menjadi saudagar perniagaan. Kita sebagai umat Nabi Muhammad diseru agar mengikut contoh dan sunnah nabi s.a.w. Apa yang saya terfikir sejam yang lalu, mengapa kita rakyat Malaysia lebih diwar-warkan dengan susu lembu sedangkan nabi lebih rapat dengan binatang peliharaannya iaitu kambing. Oleh itu, sudah pastilah nabi sering minum susu kambing. Bukan saya nak katakan bahawa lembu dan susunya itu tidak baik. Tapi tak salahkan mengikut sunnah nabi. Jom kongsi ilmu.


Khasiat Susu Kambing yang Paling Digemari Nabi Muhammad SAW

Khasiat Susu Kambing..
Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing 
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
Mengapa kambing menjadi pilihan Allah? 
   1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. 
Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing? 
   1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji. 
   2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya. 
   3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur. 
Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing. 
Bela kambing mengajar rasa tawaduk. 
Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri. 
Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”. 
Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya. 
Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ 
Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi. 
”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .” 
Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu. 
Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil. 
Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat. 
Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik? 
Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. 
Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu. 
Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). 
Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’. 
Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. 
Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). 
Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. 
Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. 
Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan. 
Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya. 
Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat. 
”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi. 
”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
  • Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
  • Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
  • Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
  • Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
  • Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

 7.   KHASIAT SUSU KAMBING
        Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan
     dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan olih
     pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996,rata rata
     penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu
     kambing lebih banyak khasiatnya -  dalam menyembuh serta mencegah
     penyakit "dalaman" antara lain:
          a.  Penyakit demam kuning.
          b.  Penyakit lemah jantung.
          c.  penyakit darah tinggi/pening2.
          d.  Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
          e.  Penyakit batuk kering.
          f.  Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
          g.  Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
          h.  Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah
              tenaga batin.
         i.  Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Jom minum susu kambing lepaas ni. Saya pun da mula minum, anda bagaimana?

IBU SUSUAN DAN ANAK SUSUAN. Kesan Hukum.

Hukum asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.

SYARAT utk menjadi anak susuan :
~ berumur kurang 2 tahun
~ menyusu  5 kali kenyang

Jadi , sekiranya ada ibu yang pernah menyusukan anak saudara atau ank orang lain, namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, bayi itu masih belum menjadi anak susuan lagi. Dan hubungan ibu susuan dengan bayi tersebut masih lagi sama ajnabi / bukan mahram.

KESAN hukum
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan, maka secara tak langsung hubungan anak tersebut dengan ibu susuan adalah seperti anak kandung sendiri.

1) Aurat
Aurat antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.

2) Haram nikah

  1. Wanita yang menyusukannya;
  2. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  3. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  4. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  5. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  6. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  7. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  8. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kepada adik beradik susuannya

3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namun anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari keluarga susuannya.

Jika ada ibu-ibu di luar sana berhasrat untuk mengambil anak susuan, para ibu perlu mendapatkan kebenaran dari suami kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami kita. Dan, dalam masa yg sama juga, para ibu perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 yang disusukan tersebut.

Untuk menambahkan bahan bacaan, para ibu juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
 http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic86_2001.htm

HUKUM ANAK SUSUAN


Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya
Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:
1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahunqamariah.
2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.
3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang.”(Hadis riwayat Ahmad)
Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:Maksudnya: “Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya).” (Hadis riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat “sepuluh kali susuan” itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat “lima kali susuan” itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)
Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.
Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)
Hukum Anak Susuan
Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan.”( Hadis riwayat Bukhari)
Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dankhalwat.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415ab
(Sumber: Jabatan Mufti Brunei) PETIKAN DARI : http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/

IBU SUSUAN? SESUAI LAGIKAH?? Bahagian 2:Hukum sebagai Ibu susuan

Hukum Penyusuan Dalam Islam
(Petikan diambil dari  http://www.mindamadani.my )
PDFPrintE-mail

Pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi 

Menurut al-Qaradawi, tidak diragukan lagi bahawa tujuan diadakannya bank air susu ibu adalah tujuan yang baik dan mulia, yang didukung oleh Islam, untuk memberikan pertolongan kepada semua yang lemah, apa pun sebab kelemahannya. Lebih-lebih bila yang bersangkutan adalah bayi yang baru dilahirkan yang tidak mempunyai daya dan kekuatan.

Tidak disangsikan lagi bahawa perempuan yang menyumbangkan sebagian air susunya untuk makanan golongan anak-anak lemah ini akan mendapatkan pahala dari Allah, dan terpuji di sisi manusia. Bahkan air susunya itu boleh dibeli darinya, jika ia tidak berkenan menyumbangkannya, sebagaimana ia diperbolehkan mencari upah dengan menyusui anak orang lain. 

Juga tidak diragukan bahawa yayasan yang bergerak dalam bidang pengumpulan ‘air susu’ itu yang mensterilkan serta memeliharanya agar dapat dinikmati oleh bayi-bayi atau anak-anak patut mendapatkan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan memperoleh pahala.

Namun perkara yang dikhuatirkan di sebalik kegiatan yang mulia ini ialah bahawa anak yang disusui (dengan air susu ibu) itu kelak akan menjadi besar dengan izin Allah, dan akan menjadi seorang remaja di tengah-tengah masyarakat, yang suatu ketika hendak menikah dengan salah seorang dari puteri-puteri bank susu itu. Ini yang dikhuatirkan, bahawa wanita tersebut adalah saudaranya sesusuan. Sementara itu dia tidak mengetahuinya karena memang tidak pernah tahu siapa saja yang menyusu bersamanya dari air susu yang ditampung itu. Lebih dari itu, dia tidak tahu siapa saja perempuan yang turut serta menyumbangkan susunya kepada bank susu tersebut, yang sudah tentu menjadi ibu susuannya. Maka haram bagi ibu itu menikah dengannya dan haram pula ia menikah dengan puteri-puteri ibu tersebut, baik puteri itu sebagai anak kandung (nasab) maupun anak susuan. Demikian pula diharamkan bagi pemuda itu menikah dengan saudara-saudara perempuan ibu tersebut, kerana mereka sebagai ibu saudaranya. Diharamkan pula baginya menikah dengan puteri dari suami ibu susuannya itu dalam perkahwinannya dengan wanita lain -- menurut pendapat jumhur fuqaha -- kerana mereka adalah saudara-saudaranya dari jurusan ayah ... serta masih banyak masalah dan hukum lain berkenaan dengan susuan ini.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, para ulamak telah bersepakat bahawa telah sabit anak susuan dengan hisapan mulut manakala melalui cara yang lain seperti melalui hidung juga dianggap sebagai anak susuan seperti pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili asalkan ia dengan lima kali hisapan atau suapan yang mengenyangkan. 


Sementara pengunaan bank susu diharuskan dengan beberapa syarat ini perlu dipatuhi iaitu :

i. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari lima kali yang mengenyangkan.

ii. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil “Ibu susuan” agar ia mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.

Sementara wanita yang tidak berkahwin lalu mengambil anak angkat dan dijadikan anak susuan. Maka ia juga tertakluk kepada kaedah dan hukum di atas.

IBU SUSUAN ?? SESUAI LAGI KAH DITERUSKAN? Bahagian 1 : Nabi & Ibu Susuan

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran saya bersama para pelajar mengenai tajuk SEJARAH AWAL NABI MUHAMMAD s.a.w., tiba-tiba terdetik hati saya mengenai sesuatu yang tidak pernah terlintas pun di hati saya memikirkan dua perkara ini iaitu:

1) NABI DIHANTAR KE DI LUAR KOTA (KWSN PERKAMPUNGAN) UNTUK DISUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
2) NABI SEBAGAI PENGEMBALA KAMBING.

Sekarang ni, saya nak berkongsi kisah yang pertama. Nabi & Ibu Susuan.

MENYEBUT mengenai institusi ibu susuan, sehingga ke hari ini ia kedengaran masih terlalu asing apatah lagi menjadi satu amalan sebagai satu kaedah berkesan bagi memastikan bayi-bayi dapat tumbuh dan membesar dengan lebih sihat dan kuat.

Tidak kurang yang sinikal dengan berkata institusi ibu susuan, merupakan satu budaya Arab Jahiliah sekalipun Nabi Muhammad SAW antara yang mendapat khidmat tersebut dalam tempoh dua tahun, iaitu tempoh susuan yang paling baik buat seorang bayi.

Oleh kerana ia menjadi satu amalan dalam budaya Arab Jahiliah maka dikatakan adalah tidak sesuai untuk kita contohi. Adakah benar begitu?

Kita telah mendengar dan mengetahui sebelum ini, mengenai kisah Nabi Muhammad yang semasa umur bayinya disusui oleh ibu susuan, malah telah dipisahkan daripada ibunya, Siti Aminah. Baginda menjalani kehidupan dalam suasana yang kedesaan, jauh dari kesibukan Kota Mekah.

Susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terbaik untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Selain telah menjadi hak setiap bayi untuk menyusu dengan susu badan, iaitu bukan dengan susu lain termasuk diperah segar dari sumber haiwan ternakan terutamanya lembu atau susu formula, khasiat susu itu tidak perlu diceritakan lagi. Malah jika tidak cukup oleh ibu sendiri akan dicari ibu susuan bagi memastikan bayi-bayi mereka menikmati khasiat hanya dari susu ibu itu.

Namun, susu sahaja tidak memadai, bagaimana dengan persekitaran luar dan dalam rumah yang sihat untuk anak-anak itu membesar dengan baik tanpa dipengaruhi oleh sebarang elemen-elemen yang cemar, kotor yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal dan mental bayi walaupun baru dilahirkan?
Perkara ini dipandang dengan begitu serius oleh masyarakat Arab walaupun mereka dilabelkan sebagai jahil.

Terbaik

Oleh kerana itu mereka memperkenalkan ibu susuan, yang sama sekali tidak bermakna susu ibu untuk didagangkan. Malah ada yang membawa bayi mereka ke ceruk-ceruk desa bagi mencari ibu susu yang boleh berkongsi susu dengan bayi yang datangnya dari kota semata-mata bagi memastikan si bayi mendapat yang terbaik sahaja untuk tempoh pembesaran yang penting itu.


Nabi Muhammad juga tidak terlepas dari menjadi sebahagian dari amalan ini walaupun pada awalnya baginda telah disusui oleh ibunya sendiri, Siti Aminah dan diikuti Thuwaibah, hamba perempuan milik bapa saudara baginda, Abu Lahab yang ketika itu sedang menyusui bayinya sendiri, yang bernama Masruh.

Namun Nabi Muhammad masih perlu disusui dalam suasana yang lebih baik berbanding di Kota Mekah walaupun kota tersebut merupakan kota Ibadat dan menjadi tumpuan oleh ramai pengunjung setiap tahun yang datang untuk mengerjakan haji dan menemui mereka yang alim dan kuat beribadat di situ.

Lalu, keluarga Rasulullah terutama datuk baginda, Abdul Mutalib mencari-cari ibu susu untuk menyusukan cucunya itu yang antara lain bertujuan supaya baginda Rasulullah tidak dijangkiti penyakit-penyakit sama ada dari serangan virus atau kuman mahupun penyakit yang merosakkan pemikiran.
Di samping sebenarnya, menghantar bayi ke desa-desa adalah penting bagi memastikan si anak mempelajari bahasa Arab jati, fasih dan asli.

Siapakah wanita desa yang bertuah dapat menyusui baginda dan dapat menyaksikan sendiri Nabi Muhammad membesar di tangannya? Tentu sekali nama yang telah sering menjadi sebutan, Halimah atau dikenali juga Halimatus Saadiah (kerana berasal dari Bani Saad) binti Abu Dhuayb, isteri kepada al Harith bin Abdul Uzza yang terkenal dengan gelaran Abu Kabsyah dari kabilah yang sama.

Namun tahukah anda, Nabi Muhammad sebelum disusui oleh Halimah, sebenarnya tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu susu dari desa yang datang ke Kota Mekah semata-mata untuk mencari bayi yang hendak mereka susui.
Hanya kerana baginda anak yatim. Setiap dari mereka ditawarkan untuk menyusukan Nabi Muhammad tetapi kesemuanya enggan menerima baginda apabila sebaik sahaja mendapat tahu bahawa bahawa bayi itu seorang anak yatim. Ini kerana mereka lazimnya juga mengharapkan agar mendapat sesuatu kebaikan dari bapa si bayi, jika sekadar dari datuk dan ibu si bayi pastinya tidak mendatangkan yang lumayan buat mereka.

Halimah antara wanita-wanita dari desa Bani Saad yang beramai-ramai keluar dan menuju ke Mekah untuk mencari bayi dan dibayarkan upah apabila mereka menyusui bayi-bayi itu. Setiba di Mekah, Halimah merupakan ibu susuan yang sanggup menerima Nabi Muhammad setelah ibu-ibu lain enggan menerima baginda kerana status anak yatim yang dimiliki oleh baginda itu.
"Demi Allah, saya tidak akan pulang semula ke desa tanpa seorang bayi pun untuk saya susui," katanya kerana kesukarannya untuk mendapatkan bayi untuk dibawa pulang.

Halimah membawa Nabi Muhammad yang masih bayi itu untuk disusui walaupun dirinya dalam keadaan yang serba kekurangan termasuk susu badannya yang semakin berkurangan. Walau bagaimanapun, Halimah tetap menyusukan baginda dan SUBHANALLAH..dan tidak semena-mena bainda dapat menyusu dengan enak dan puas seolah-olah terdapat banyak bekalan susu dari badan si ibu susuan itu.
Sehinggakan Rasulullah kemudiannya dapat tidur dengan lena seperti kekenyangan dan cukup bekalan susunya.

Malah ketika suami Halimah keluar, melihat unta betinanya yang sudah tua itu didapati unta itu juga dapat mengeluarkan susu dengan banyak sehingga tidak tertampung untuk diminum.
Ini membolehkan Halimah sendiri dapat menambahkan bekalan susu dalam badannya apabila beliau sendiri dapat minum susu unta dengan banyaknya.

Pada keesokan paginya, Al Harith berkata kepada isterinya: "Demi Allah, ketahuilah Halimah, sesungguhnya engkau telah mengambil seorang manusia yang sangat diberkati. Jika tidak manakan engkau dapat menyusukan bayi ini dengan bekalan yang banyak dan unta yang tiba-tiba juga mengeluarkan susu dengan begitu banyak sekali," katanya.

Tanda-tanda keberkatan dan kelebihan Rasulullah tidak henti setakat itu sahaja, sebaik tiba di perkampungan Bani Saad lebih banyak keajaiban yang berlaku. Sejak mengambil Nabi Muhamad sebagai anak susuannya, hidup Halimah sekeluarga benar-benar berubah kepada yang lebih baik berbanding orang lain.

Berdasarkan kisah Nabi Muhammad s.a.w. dengan ibu susuannya ini, adakah relevan rakyat malaysia meneruskan tradisi ibu susuan ini. saya tidak layak untuk menjawab persoalan ini, tetapi saya cuba berkong si dengan ibu-ibu di luar sana,  mengenai :

1) Hukum sebagai Ibu Susuan

Khasiat susu kambing untuk ibu hamil, menyusu dan kanak-kanak


Adakah anda sedang hamil atau ibu yang sedang menyusukan bayi?
·        Tahukah anda keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi?
·         Dan tahukah anda bahawa Susu Kambing sebenarnya mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding susu lembu.
Antara manfaat susu kambing:
1)       Manfaat Ibu Hamil
 Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

2)       Manfaat Ibu Menyusu
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.

3)      Bayi dan Kanak-Kanak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

4)     Manfaat-manfaat Lain
·         Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah. 
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
·         Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
·         Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
·         Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
·         Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan
·         acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Jangan tertipu! Kopi adalah minuman kegemaran Rasulullah


Kita sering dimomokkan bahawa kopi adalah minuman yang memudaratkan kesihatan, tetapi tahukah anda, kopi sebenarnya adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah, disamping susu dan madu. Yahudi telah berjaya mempengaruhi umat Islam dalam amalan pemakanan kita, seperti digalakkan makan hati ayam/lembu jika darah rendah. Rasulullah telah awal2 lagi mengingatkan kita bahawa memakan organ dalaman tidak bagus kerana boleh melembapkan otak. Tengoklah bangsa2 Melayu yang mengamalkan menu pemakanan yang diuar2kan oleh Yahudi, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya, malah mengambil amalan pemakanan Rasulullah.

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu. 

Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat. Minum kopi di waktu bekerja ternyata boleh membantu kita tetap segar dan berkonsentrasi. Penelitian menunjukkan atlit yang mengambil minuman yang mengandung cafein karbohidrat setelah berbasikal memiliki lebih banyak glikogen (energi) dalam ototnya bila dibandingkan dengan atlit yang tidak mengambil. Glikogen akan membantu kita lebih cepat dan aktif dalam sesi berikutnya.Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

5. Melawan kegemukan. Orang yang sering minum kopi diketahui berat badannya lebih stabil selama 12 tahun dibandingkan dengan orang yang berhenti minum kopi.

6. Menghilangkan bau mulut. Kopi juga dapat menghilangkan bau mulut akibat gas makanan.

7. Mengurangi risiko penyakit. Menambah konsumsi kopi boleh menghindari kita dari risiko kanser hati. Dua cawan kopi sehari dan risiko kanser akan berkurang 43%. Wanita yang minum kopi risiko terkena serangan jantung berkurang 24%. Antioksidan yang terdapat dalam kopi diduga melindungi kita dari penyakit-penyakit itu. Kandungan kafein dan polipenhol dalam kopi melindungi tubuh melawan kanser payudara. Juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit alzheimer dan dementia (hasil penelitian yang dilakukan di Finlandia dan Swedia. Jan 16, 2009)

8. Kualiti sperma yang jauh lebih sihat.Dari penelitian melalui ujikaji yang dilakukan, menghasilkan bahwa mereka yang mengambil kopi secara rutin setiap hari memiliki kualiti sperma yang jauh lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambil kopi.Minum kopi dapat membuat sperma "berenang" lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.

9. Dapat mempengaruhi pendapat seseorang.Harus berurusan dengan orang yang sulit diajak kerjasama? ajaklah ia menikmati secawan kopi. Kafein akan membuat orang lebih terbuka.

10. Membantu daya ingat.Minum secawan kopi sebelum pertemuan penting dengan klien barangkali layak dicuba agar daya ingat dan otak lebih tajam. Tapi ternyata ada penelitian lain yang menyebutkan bahwa minum kopi dapat menyebabkan halusinasi, apabila terlalu banyak mengambilnya.

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Pelikkan!!!
Namun bagi orang Asia cam kita ni, ianya  dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Dan terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Wallahualam