Nuffnang Ads

Wednesday, January 19, 2011

Sendawa (Mengeluarkan angin)


Ketika menyusu, bayi menelan susu bersama-sama dengan udara. Ini menjadikannya tidak selesa dan juga mengenyangkannya walaupun dia belum habis menyusu.
Oleh itu, anda haruslah mengusap belakang bayi dengan perlahan untuk membantunya sendawa setiap 5 minit menyusu ataupun apabila anda mengalihkan bayi dari satu payudara kepada yang lain. Cubalah posisi berikut untuk membantu bayi sendawa;

Menghentikan penyusuan dengan cara perlahan

Untuk menghentikan penyusuan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk melepaskan lekapannya. Jangan menarik bayi daripada payudara kerana ini akan melukai puting anda.Lihat gambar di bawah:


Lekapan yang betul


Sokong payudara anda dengan tangan bebas anda. Acah pipi bayi dengan puting anda. Bayi akan menoleh ke arah puting dan membuka mulutnya.
Lekapkan mulut bayi ke payudara anda. Mulut bayi mesti menutupi areola (kawasan gelap di sekeliling puting) dan bukan setakat puting sahaja. Dengan cara ini, bayi akan mendapat aliran susu yang baik dan anda pula tidak akan mengalami puting bengkak.

i- Lekapan betul     
               
ii- Lekapan salah

Penyusuan ibu yang berjaya.


Penyusuan ibu adalah satu kemahiran yang memerlukan masa dan kesabaran. Garis panduan berikut akan membantu anada menyusukan anak anda dengan berjaya tetapi jika anda menghadapi masalah, mintalah bantuan daripada pakar laktasi atau jururawat laktasi yang berdekatan.

Ingat!! Posisi amat penting. Pilih suatu tempat di mana anda dapat menyusukan bayi anda tanpa sebarang gangguan. Kemudian pilih salah satu posisi penyusuan berikut;
i.     Mendukung


ii.    Mendukung bersilang


iii.   Mendukung dari sisi


iv.   Menyusu sambil berbaring


v.    Mendukung dari sisi untuk kembar



Perhatian:
Cara “Mendukung dari sisi” dan “Menyusu sambil berbaring” sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean kerana lukanya tidak dikenakan tekanan. Gunakan bantal untuk menyokong bayi (seperti nursing pillow).

Thursday, January 6, 2011

Kolostrum-susu awal


Selama beberapa hari selepas bersalin, payudara anda akan menghasilkan kolostrum iaiatu cecair kuning yang melekit. Kolostrum sangat kaya dengan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum juga menyingkirkan bahan buangan yang berwarna hijau kehitaman (mekonium) serta mukus berlebihan yang terbentuk dalam sistem penghadaman bayi sebelum dilahirkan.

Penyusuan Susu Ibu-Aliran Kasih Sayang


Pemberian susu ibu kepada bayi anda diibaratkan sebagai pemberian yang paling berharga untuknya. Marilah kita sama-sama melihat antara kepentingan susu ibu;

  • Susu ibu mengandungi nutrient yang paling lengkap untuk bayi anda dari segi pemakanan. Susu ibu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dalam jumlah yang sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum.
  • ·         Susu ibu selamat, fresh dan save budget.
  • ·         Susu ibu mudah dihadam dan jarang menyebabkan cirit=birit atau senbelit.
  • ·         Susu ibu tidak menyebabkan alergi.
  • ·         Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan tertentu pada bulan-bulan awal dalam hidupnya.
  • ·         Susu ibu mengandungi bakteria bermanfaat  seperti Bifidobakteria yang menguatkan pertahanan imun bayi terhadap jangkitan dan alergi.
  • ·         Penyususan ibu membantuperkembangan gusi dan gigi bayi.
  • ·         Penyusuan ibu membantu uterus ibu kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat.
  • ·         Penyusuan membantu mengeratkan perhubungan di antara ibu dan anak.