Nuffnang Ads

Thursday, August 2, 2012

Jangan tertipu! Kopi adalah minuman kegemaran Rasulullah


Kita sering dimomokkan bahawa kopi adalah minuman yang memudaratkan kesihatan, tetapi tahukah anda, kopi sebenarnya adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah, disamping susu dan madu. Yahudi telah berjaya mempengaruhi umat Islam dalam amalan pemakanan kita, seperti digalakkan makan hati ayam/lembu jika darah rendah. Rasulullah telah awal2 lagi mengingatkan kita bahawa memakan organ dalaman tidak bagus kerana boleh melembapkan otak. Tengoklah bangsa2 Melayu yang mengamalkan menu pemakanan yang diuar2kan oleh Yahudi, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya, malah mengambil amalan pemakanan Rasulullah.

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu. 

Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat. Minum kopi di waktu bekerja ternyata boleh membantu kita tetap segar dan berkonsentrasi. Penelitian menunjukkan atlit yang mengambil minuman yang mengandung cafein karbohidrat setelah berbasikal memiliki lebih banyak glikogen (energi) dalam ototnya bila dibandingkan dengan atlit yang tidak mengambil. Glikogen akan membantu kita lebih cepat dan aktif dalam sesi berikutnya.Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

5. Melawan kegemukan. Orang yang sering minum kopi diketahui berat badannya lebih stabil selama 12 tahun dibandingkan dengan orang yang berhenti minum kopi.

6. Menghilangkan bau mulut. Kopi juga dapat menghilangkan bau mulut akibat gas makanan.

7. Mengurangi risiko penyakit. Menambah konsumsi kopi boleh menghindari kita dari risiko kanser hati. Dua cawan kopi sehari dan risiko kanser akan berkurang 43%. Wanita yang minum kopi risiko terkena serangan jantung berkurang 24%. Antioksidan yang terdapat dalam kopi diduga melindungi kita dari penyakit-penyakit itu. Kandungan kafein dan polipenhol dalam kopi melindungi tubuh melawan kanser payudara. Juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit alzheimer dan dementia (hasil penelitian yang dilakukan di Finlandia dan Swedia. Jan 16, 2009)

8. Kualiti sperma yang jauh lebih sihat.Dari penelitian melalui ujikaji yang dilakukan, menghasilkan bahwa mereka yang mengambil kopi secara rutin setiap hari memiliki kualiti sperma yang jauh lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambil kopi.Minum kopi dapat membuat sperma "berenang" lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.

9. Dapat mempengaruhi pendapat seseorang.Harus berurusan dengan orang yang sulit diajak kerjasama? ajaklah ia menikmati secawan kopi. Kafein akan membuat orang lebih terbuka.

10. Membantu daya ingat.Minum secawan kopi sebelum pertemuan penting dengan klien barangkali layak dicuba agar daya ingat dan otak lebih tajam. Tapi ternyata ada penelitian lain yang menyebutkan bahwa minum kopi dapat menyebabkan halusinasi, apabila terlalu banyak mengambilnya.

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Pelikkan!!!
Namun bagi orang Asia cam kita ni, ianya  dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Dan terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Wallahualam

USAH NAFIKAN KEBAIKAN SUSU IBU



Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.
Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.
Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!

Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.


KEBAIKAN SUSU IBU
Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,” katanya kepada Bernama.
Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
“Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan,” katanya.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.


FAEDAH TERSEMBUNYI
Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.
“Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
“Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti,” kata Siti Mariam.
Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
“Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.
“Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?” katanya.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.


KEKURANGAN SUSU FORMULA
Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
“Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan,” katanya.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.
Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
“Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi,” katanya.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
“Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya,” kata Siti Mariam.
Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.


BAHAYA AIR
Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.
Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.
Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
“Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun,” katanya.
Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.
Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
Sumber: BERNAMA

Teknik Penyusuan Bayi

Teknik penyusuan bayi adalah bergantung kepada cara dan keselesaan ibu & anak. Anda boleh menyusukan bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Pastikan kedudukan anda & anak betul, & bagaimana bayi anda menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Kedudukan Badan
    • Bayi perlu diampu dgn baik. Ibu boleh duduk bersandar pada katil dgn kedudukan kepada bayi di atas lengan.
    • Jgn bersandar terlalu jauh daripada bayi & jgn terlalu membongkok.
    • Gunakan bantal atau kusyen kecil bagi menampung berat bayi anda, rehatkan juga kaki anda.
  • Cara memegang bayi
    • Dipegang rapat dgn anda
    • diampu dgn baik
    • mulut bayi berada di bawah puting apabila anda bersedia utk menyusukannya.
    • kepala, leher dan bahagian belakang bayi berada dlm keadaan lurus.
  • Bagaimana bayi menyesuaikan mulut apabila menyusu.
    • pastikan bayi anda mencapai sendiri puting anda.
    • pastikan mulutnya terbuka luas
    • pastikan anak anda menghisap sebahagian besar bahagian areola di sekitar puting.

Wednesday, August 1, 2012

WANITA HAMIL MENURUT ISLAM

Ramai dikalangan wanita Islam sendiri tidak mempraktikkan dalil dan sunah yang dituntut oleh Islam sewaktu hamil.....Adakah anda tergolong dikalangan mereka? 

Jom kita lihat dan ukur diri kita sendiri melalui checklist ini:-

Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohan ian, iaitu:

1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.

Rasanya ramai yang masih lacking dalam bab ini 

2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Semua Ibu inginkanya TETAPI berapa kerat yang ingin berdoa setiap hari

3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

Bab paling susah sekali bila tinggal dalam 1 Malaysia..orang kafir control ekonomi

4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

Mungkin boleh dikatakan ramai juga wanita yang dapat melaksanakan bab ini

5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Berapa ramai suami yang faham bab ini

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bayi yang dikandung mendapatkan pendidikan yang dituntut oleh Islam supaya anak yang bakal lahir itu nanti bakal menjadi tonggak kekuatan umat Islam diakhir zaman ini.

SIHAT BERPUASA buat ibu mengandung


Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besiatau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan. 

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelitapabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
  • daging;
  • ayam;
  • ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
  • sayur-sayuran berdaun hijau;
  • dan, buah-buahan kering.
Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar. 

IBU HAMIL yang tetap BERPUASA


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil? 

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. 

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain? 

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa. 

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertamadan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu. 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul. 

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa? 

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan? 

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 

PETIKAN DARI : http://www.babycenter.com.my

IBU HAMIL BERPUASA

JOM KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN


"Ramadan ..KETIKA ITU SAYA HAMIL"

Emm..bagaimana kan?? Lagi-lagi bagi wanita yang sedang mengalami alahan ketika mengandung. Aduhai...

Artikel : Petikan dari http://www.babycenter.com.my

Kesihatan diri amat penting bagi ibu mengandung. Jadi, jika anda merancang untuk berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia ini, anda mungkin mempunyai banyak soalan tentang bagaimanakah berpuasa mungkin boleh menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan anda. Sama ada andabaru saja hamil ataupun telah sampai ke trimester ketiga, artikel-artikel kami akan membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang ada. Anda mungkin masih boleh bekerja semasa berpuasa, tetapi mungkin ada hari-hari tertentu di mana anda rasa tidak sihat

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa? 


Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepala,ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya? 

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan? 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.