Penjagaan payudara dan puting amat penting untuk keselesaan anda. Gunakan tip-tip berikut untuk membantu anda.
- Pakailah bra menyusu yang selesa dan menyokong payudara anda dengan baik
- Ketika mandi jangan sapu sabun pada puting anda. Cuci puting dengan air sahaja.
- Anda tidak perlu menyapu losyen pada puting anda kerana ia sudah diliputi dengan minyak semulajadi dari kulit. Jika puting anda merekah, doktor akan memberikan krim khas untuk menyembuhkan rekahan tersebut.
- Tukar bra atau pelapik bra apabila di basahi susu. Biar puting anda kering
- Jika anda mengalami puting terbenam, pakailah acuan puting untuk menjulurkan puting.
No comments:
Post a Comment