Nuffnang Ads

Thursday, August 2, 2012

IBU SUSUAN? SESUAI LAGIKAH?? Bahagian 2:Hukum sebagai Ibu susuan

Hukum Penyusuan Dalam Islam
(Petikan diambil dari  http://www.mindamadani.my )
PDFPrintE-mail

Pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi 

Menurut al-Qaradawi, tidak diragukan lagi bahawa tujuan diadakannya bank air susu ibu adalah tujuan yang baik dan mulia, yang didukung oleh Islam, untuk memberikan pertolongan kepada semua yang lemah, apa pun sebab kelemahannya. Lebih-lebih bila yang bersangkutan adalah bayi yang baru dilahirkan yang tidak mempunyai daya dan kekuatan.

Tidak disangsikan lagi bahawa perempuan yang menyumbangkan sebagian air susunya untuk makanan golongan anak-anak lemah ini akan mendapatkan pahala dari Allah, dan terpuji di sisi manusia. Bahkan air susunya itu boleh dibeli darinya, jika ia tidak berkenan menyumbangkannya, sebagaimana ia diperbolehkan mencari upah dengan menyusui anak orang lain. 

Juga tidak diragukan bahawa yayasan yang bergerak dalam bidang pengumpulan ‘air susu’ itu yang mensterilkan serta memeliharanya agar dapat dinikmati oleh bayi-bayi atau anak-anak patut mendapatkan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan memperoleh pahala.

Namun perkara yang dikhuatirkan di sebalik kegiatan yang mulia ini ialah bahawa anak yang disusui (dengan air susu ibu) itu kelak akan menjadi besar dengan izin Allah, dan akan menjadi seorang remaja di tengah-tengah masyarakat, yang suatu ketika hendak menikah dengan salah seorang dari puteri-puteri bank susu itu. Ini yang dikhuatirkan, bahawa wanita tersebut adalah saudaranya sesusuan. Sementara itu dia tidak mengetahuinya karena memang tidak pernah tahu siapa saja yang menyusu bersamanya dari air susu yang ditampung itu. Lebih dari itu, dia tidak tahu siapa saja perempuan yang turut serta menyumbangkan susunya kepada bank susu tersebut, yang sudah tentu menjadi ibu susuannya. Maka haram bagi ibu itu menikah dengannya dan haram pula ia menikah dengan puteri-puteri ibu tersebut, baik puteri itu sebagai anak kandung (nasab) maupun anak susuan. Demikian pula diharamkan bagi pemuda itu menikah dengan saudara-saudara perempuan ibu tersebut, kerana mereka sebagai ibu saudaranya. Diharamkan pula baginya menikah dengan puteri dari suami ibu susuannya itu dalam perkahwinannya dengan wanita lain -- menurut pendapat jumhur fuqaha -- kerana mereka adalah saudara-saudaranya dari jurusan ayah ... serta masih banyak masalah dan hukum lain berkenaan dengan susuan ini.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, para ulamak telah bersepakat bahawa telah sabit anak susuan dengan hisapan mulut manakala melalui cara yang lain seperti melalui hidung juga dianggap sebagai anak susuan seperti pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili asalkan ia dengan lima kali hisapan atau suapan yang mengenyangkan. 


Sementara pengunaan bank susu diharuskan dengan beberapa syarat ini perlu dipatuhi iaitu :

i. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari lima kali yang mengenyangkan.

ii. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil “Ibu susuan” agar ia mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.

Sementara wanita yang tidak berkahwin lalu mengambil anak angkat dan dijadikan anak susuan. Maka ia juga tertakluk kepada kaedah dan hukum di atas.

No comments:

Post a Comment