Nuffnang Ads

Tuesday, October 12, 2010

Bagaimana nak banyakkan susu badan??

Di suatu petang, di dalam surau sekolah Munshi Abdullah, ummi terlihat seorang guru sedang menyorok di sebalik dinding surau. Beliau tekun melakukan sesuatu. "Akak buat apa tu?" ummi bertanya. "Hehehe..akak tengah berjuang memerah susu badan". E'eh, bestnya ummi lihat pengorbanan cikgu tu. Beliau sanggup memerah susu di waktu rehat. Itulah cikgu (Cikgu Fadzilah Yusof) yang telah mengikat nawaitu ummi untuk menyusukan anak-anak ummi dengan susu badan.  Ketika itu ummi baru hamil 4 bulan.

Ummi mula teringat salah satu ayat al-Quran yang menyebut tentang penyusuan ibu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233).
Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang terbaik kerana terdapat banyak kebaikan dan ganjaran yang menanti bayi dan juga ibu. Malah kajian sains banyak menunjukkan bahawa susu ibu amat penting bagi menjamin perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu kerana Allah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai daripada badan sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang antara bayi dan ibu.
 
Kalau dilihat berdasarkan pengalaman ummi, selepas bersalin ummi tidak dapat menyusukan Hamizan. ini kerana susu ummi langsung tidak keluar. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Namun ummi tidak mudah mengalah, ummi cuba dapatkan info bagaimana nak banyakkan susu ibu. Tips ni ummi dapatkan dari blog ibu-ibu yang menyokong penyusuan susu ibu. Antaranya:


Penjagaan Psikologi


Sebenarnya, ketidakstabilan psikologi (tekanan perasaan) atau lebih tepat lagi stress boleh menjadi menjadi penyebab kurangnya susu badan kita. oleh itu, semua para ibu, ummi, emak, mama, mummy, bonda dan sesipa yang menyusukan bayi haruslah;
1) Kerap berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jika susu mulai kurang, anda jangan panik, berfikirlah secara positif bahawa anda mampu memberikan yang terbaik pada anak anda. Anda haruslah mencari alternatif untuk membanyakkan susu badan. Ini kerana terdapat pelbagai cara membanyakkan susu badan. Dan jangan lupa, banyakkan berdoa kepada Allah, mudah-mudahan susu anda kembali normal.
2) Sewaktu mengepam susu, bayangkan wajah anak anda. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyak susu anda. Anda kosongkan payudara anda bermakna anda menghantar isyarat bahawa anda nak susu lagi.


Penjagaan Pemakanan
1) Makanan yang diambil perlulah seimbang dan cukup untuk anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Kalau bab pantang larang (ini leh makan, ooo.. ni tak boleh..nanti anak kembung)itu ummi tak pasti. Terpulang pada pendapat masing-masing. Kalau ummi, tak berani minum air batu (ais), sebab Hamizan akan kembung perut.
2) Minum air masak selalu. ibu yang menyusui bayinya sangat memerlukan air. Ummi makan supplement tambahan (Shaklee set B) yang memerlukan banyak air, sekurang-kurangnya 2 liter.
3) Selain itu, kata orang tua-tua, longan putih, kurma, Kismis, lobak putih, peria, betik, air barli dan halba (minum air rebusan halba) dapat membantu banyakkan susu.
4) Pengambilan homopati juga dapat banyakkan susu. Antara homopati yang ummi tahu produk Salindah. murah je.

Bagi memastikan penyusuan ini berterusan, sokongan padu daripada suami, keluarga, majikan dan rakan sekerja adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada generasi yang bakal menjadi tunggak negara. Bukankah anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai, setitis susu ibu juga kurniaan Allah yang berharga, jadi mereka perlu mendapatkan makanan yang terbaik. Justeru, fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment