Nuffnang Ads

Monday, November 1, 2010

Anak anda kerap menyusu pada waktu malam??


Anak ummi Muhammad Hamizan kerap bangun pada waktu malam untuk menyusu. Ya, memang tidak dinafikan ummi letih dan kurang selesa pada mulanya. (Maklumlah, ummi pergi ke sekolah pada pukul 10.30 pagi dan pulang hampir pukul 7 malam [sesi petang]. Pulang sahaja dari rumah, ummi akan terkejar2 melakukan kerja seperti mandi, menyusukan hamizan, bermain dengan hamizan, tidurkan hamizan [kadang2 mengambil masa yang lama kalau hamizan merengek tidak mahu tidur], membasuh baju, pinggan mangkuk di dapur, gosok baju untuk ke sekolah dan banyak lagi). Bila selesai , mata ummi pun mula mengantuk. Baru sahaja melelapkan mata, Hamizan bangun hendak menyusu. Ohhhh..letih ummi nak. Kekadang ummi terfikir, bagaimana ummi nak jadikan semua perkara tersebut mudah dan tidak membebankan ummi. Ummi banyak bertanya pendapat dan nasihat dari emak ummi, jiran-jiran serta rakan-rakan seperjuangan. Tidak lupa juga ummi mencari beberapa info dari buku, majalah dan blog2 ibu menyusu. Setelah mendapat maklumat, dapatlah ummi rumuskan beberapa perkara yang perlu dijadikan satu rutin seharian ummi. Sebenarnya, penyusuan pada waktu malam akan jadi lebih mudah jika semua ibu membuat persediaan dari awal. Persediaan yang bagaimana seseorang itu perlu buat?? Antara persediaan yang seseorang ibu itu perlu lakukan sebelum tidur adalah seperti berikut;
(i)           Pastikan anda menyusukan anak anda sebelum tidur. Bayi yang menyusu sebelum tidur sehingga kenyang akan tidur lebih lama. (Ummi biasanya akan susukan hamizan selepas pulang dari sekolah. Kemudian ummi akan bermain dengan hamizan [sambil buat kerja] sehingga hamizan letih, merengek mahu tidur. Kebiasaannya hamizan akan tidur lebih sejam- masuk tidur pukul 9 dan mungkin akan terjaga dalam lingkungan pukul 10 -11 mlm. Pada waktu itu ummi akan buat kerja seberapa yang pantas). Selesai semua tugas ummi akan bangunkan Hamizan untuk menyusu dan kemudian tidur bersama2.

(ii)          Sebelum tidur, pastikan tempat tidur anda selesa. Sediakan bantal khas untuk penyusuan (nursing pillow). (Ummi akan sediakan 3 bantal khas iaitu bantal untuk leher , bantal untuk bersandar dan bantal untuk peha -untuk tinggikan sikit kepala hamizan ketika menyusu dan ummi tidak membongkokkan badan). Sebenarnya, ini adalah pilihan untuk para ibu. Pilihan yang bagaimana ummi maksudkan?? Ibu2 boleh memilih bagaimana cara atau posisi menyusukan bayi mengikut keselesaan. Ada banyak posisi yang boleh ibu2 menyusukan bayi antaranya;

ü  Posisi mendukung/buai; Caranya ialah ibu duduk memangku bayi dengan lengan, manakala muka dan kepala bayi menghadap payudara.
ü  Posisi dakapan/di sisi; Caranya ialah ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar. Ibu ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala. Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
ü  Posisi mendukung bersilang/bersilang buai; Caranya ialah bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya. Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap.
ü  Posisi baring; Caranya ialah bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat atau ngantuk sangat sehingga tidak mampu nak bangun. Berhati-hati dengan cara ini, takut2 badan si ibu terhempap bayi..huhuhu

(iii)        Sediakan tuala atau wet tissue di sebelah anda. ini memudahkan anda mengelap mulut bayi setelah selesai menyusu. (Diingatkan, jangan remehkan perkara ini kerana susu yang terkena pada kulit bayi berkemungkinan akan menyebabkan kurap susu).
(iv)         Gunakan lampu yang malap atau lampu tidur. (huhu..cara ini ummi tidak dapat lakukan kerana Hamizan takut kepada gelap. Walaupun ummi cuba ajar dia tidur dalam gelap ditemani cahaya lampu bilik air, ia tidak menjadi . Malah membuatkan hamizan langsung tidak boleh tidur).
(v)          Positive thinking, relax dan enjoy. Nikmati penyusuan pada waktu malam bersama anak kerana inilah peluang untuk semua ibu menyusukan bayi samabil memeluknya dengan erat, membelai dan mengungkapkan kata-kata yang menyenangkan seperti “I luv u…ummi sayang hamizan...n..gud nite dear”… “mmmuuuuahhh…” J
Semua cara di atas tidak memerlukan sebarang gerakan / beralih dari atas katil. Apabila semua perkara di atas dilaksanakan dengan enjoy, happy dan bersemangat, pasti para ibu akan lebih segar pada esok harinya. Cubalah..!!

No comments:

Post a Comment