Nuffnang Ads

Monday, November 15, 2010

HEBATNYA SUSU IBU


Tahukah anda, ibu yang menyusui bayi sentiasa menarik perhatian orang ramai. Satu dunia mengakui dan mengiktirafkan bahawa susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Ia makanan yang sangat hebat. Tiada sesiapa pernah membuktikan perkara tersebut adalah yang sebaliknya. Pengeluar susu formula hanya dapat mendakwa susu keluaran mereka hanya menyerupai susu ibu dan bukan lebih hebat daripadanya. 

Susu ibu sentiasa mengandungi peratusan lemak, karbohidrat dan protein yang seimbang. Syarikat-syarikat pengeluar susu formula  sering mengubah suai kadar isi kandungan susu mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tetapi isi kandungan di dalam susu ibu akan berubah mengikut kesesuaian untuk memenuhi keperluan bayi. 

Susu yang dihasilkan secara tiruan tidak mampu meniru setiap khasiat yang dihasilkan susu ibu, yang mana ia mengandungi sekurang-kurangnya 100 bahan ramuan yang tidak terkandung dalam susu formula. Ini termasuklah sel-sel hidup, hormon, enzim yang aktif, imunoglobulin dan sebatian dengan struktur-struktur yang unik. Kesemuan isi kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak boleh ditiru sama sekali oleh susu formula. Hebatnya ciptaan Allah SWT kan......... Subhanallah.

No comments:

Post a Comment