Nuffnang Ads

Friday, December 10, 2010

BAYI SIHAT DENGAN SUSU BADAN (PART I)

Wahhhhhhh..dah lama ummi x menulis.. sebab apa???? hehehehe,,,bz ar. Ummi sebenarnya tengah belajar memandu, baru nak amik lesen. Dah settle pra-test..lulussssssssssssss..tapi. Tapi apa?? Gagal di pertengahan jalan. Hak333333. Waktu test JPJ ummi gagal di bahagian II (iaitu bukit maaaaaaaaaaaaa) tapi bahagian III (jalan raya) ummi lulus dengan jayanya. Agaknya kenapa ye boleh gagal?? Mungkin ada hikmahnya kan.. Ujian Allah buat ummi, kena fokus ketika memandu. Betul tu. So ummi,, 15hb ni kna buat betul2.

Hari ni bukan nak cer pasal ummi lulus atau tidak dalam ujian memandu. Ummi nak cer pasal 2 orang kawan ummi. Pertama, kawan sekerja di SMK Munshi Abdullah (cikgu kaunseling; Fauziah Mohd Shah n anaknya. Haha. Nak tengok gambar anak nya x?? Jeng jeng jeng..


(tu diaaaaaaaaa...) Emmmm..apa pandangan anda..sihatkan bayi ini, baru 3 bulan (lahir 31 Ogos 2010) dan berat badannya sudah mencecah 6.8 kg. Wahhhhhhhhhhh... Namanya Adam Husaini. Nama pun best.. Adam diberikan oleh ibunya susu badan secara eksklusif. Baru-baru ni Adam mendapat suntikan. Alhamdulillah demam Adam sekejap je, xmelarat pun. Bak kata ummi Adam " Inilah keberkatan susu ibu",.. betul tu kak, saya sokong sepenuhnya.

Kedua, kawan ummi dari kecil lagi (Puan Nurul Suhada Anuar). Sahabat baik ni. Susah senag kami bersama. Ini lah gambar anaknya.

Nama baby ni  Muhammad Salihin Iman. Umurnya baru mencecah 1 bulan 28 hari (lahir 13 Okt 2010) dan berat badannya 4.8 kg. Emm..tembam kan...nak gigit jer rasanya. minum susu ibu gak baby ni. Sangat sihat dan bila didukung, huh semangatnya, baru sebulan lebih ni .Huhuhuhu.


Inilah rakan-rakan ummi yang menyokong sepenuhnya penyusuan ibu (oppss sebenarnya ramai, cuma ummi terpegun dan terkasima melihat tumbesaran anak-anak mereka dengan sihat). Tahniah yerr. Gembira rasanya. Apa yang ummi nak simpulkan di sini, ibu2 di luar sana, termasuk bapa2 n ibu2 mertua ye,,(huhuhu), jangan risau, jangan bimbang dan jangan sekali-kali ragu akan khasiat dan hebatnya susu badan. Nak cerita tentang hebatnya susu badan ni, huh berjela-jela. Apa yang penting, dengan susu ibu menjadikan anak-anak kita lebih pintar dan sihat. Subhanallah. Okay kita tunggu info seterusnya dalam part II.

No comments:

Post a Comment