Nuffnang Ads

Sunday, December 12, 2010

MENYUSUKAN BAYI DENGAN JAYANYA

6 perkara penting dalam menentukan kejayaan si ibu dalam penyusuan;

i)   NAWAITU

Ingat, niat untuk menyusukan bayi itu penting. Tidak kiralah bagaimana atau apa cara lafaz niatnya. Jika hati terdetik mahu menyusukan anak itu juga dikira sebagai niat yang tulus dan murni. Kalau ummi, "Sahaja aku nak menyusukan anakku dengan susuku sendiri," huhu, mudahkan. :)))

ii)  SOLAT 5 waktu

Solat dari segi bahasa ialah doa. Manakala istilah ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam disertai beberapa syarat-syarat yang tertentu. Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan Pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada Pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. 

iii) TEKAD dan berAZAM untuk menyusukan sendiri bayi secara eksklusif.

Apa beza niat dan azam. Huhu, dalam Islam setiap perbuatan atau pekerjaan mesti bermula dengan niat.  Apabila seseorang memasang niat untuk melakukan sesuatu, belum pasti dia akan melaksanakannya atau tidak. Maka dengan tekad dan azam lah, hati dan jasad seseorang itu tergerak untuk melakukannya dengan lebih jitu dan bersemangat. Sebagai contoh mudah, "Alahamdulillah, ummi dah hamil 2 bulan. Ummi nak susukan anak ummi dengan susu badan ummi sendiri,". So bila baby da lahir, ummi dengan tekad melafazkan "Anak ummi minum susu ummi tau, no bottle2 (milk powder la),". Huhu..okey ke perumpamaan ini...ok kot.

iv) THINKING POSITIVE dan jangan sesekali memikirkan anda akan gagal.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ummi…ianya penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. 


v) SOKONGAN dan dorongan sepenuhnya daripada orang-orang yang rapat terutamanya SUAMI..uiii penting ni.

Kenapa SUAMI??  Suami adalah ketua keluarga. Suami mempunyai kapasiti dan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju rumah tangganya. Dia harus memandang positif proses penyusuan ibu, dan kesannya terhadap keluarga, khususnya perkembangan anak, sekaligus memberi sokongan 100% kepada pasangan hidupnya. Sebagai ketua keluarga juga, suami bukan sahaja patut membenarkan kaum ibu untuk menyusukan anak, malah mereka juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk menjadikan proses penyusuan ibu lebih efektif. Di sinilah, pihak suami perlu memberi kata-kata semangat dan galakkan untuk menguatkan lagi semangat pasangan masing-masing agar meneruskan usaha murni mereka seperti ungkapan yang membangkitkan emosi yang tenang dan selesa, ataupun sekadar menjadi pendengar setia kepada luahan pasangan tercinta. Pada waktu yang sama, kehadiran suami di sisi isteri pun kadang-kadang sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada mereka. Huhu, percayalah, aura suami kepada isteri adalah sangat luar biasa, begitu juga sebaliknya.

vi) INFO PENYUSUAN

Digalakkan kepada para ibu membanyakkan pembacaan tentang penyusuan. Ibu-ibu boleh mendapatkan sebanyak mana ilmu mengenai penyusuan seperti berbincang dengan wanita yang lebih tua dan  ibu-ibu yang berpengalaman. Dapatkan nasihat dan sokongan mereka. Ini semua adalah sebagai persediaan awal untuk menangani masalah yang timbul selepas bersalin seperti puting pendek, susu kurang, bayi tidak pandai menghisap payudara dan sebagainya. Info penyusuan juga boleh didapati mana-mana hospital kerajaan atau swasta rakan bayi yang berdekatan.

P/S: Mungkin para ibu di luar sana ada info tambahan "bagaimana mahu mengecapi kejayaan dalam penyusuan". Adalah dialu-alukan para ibu memberikan sedikit sebanyak info untuk dikongsi bersama :))


No comments:

Post a Comment