Nuffnang Ads

Saturday, December 25, 2010

Cloth Diaper ...berbaloi

Pagi yang indah…………. Hari ni ummi nak stoli moli kat ibu2 la tntg cd. Cd????????? Huhuhu..stoli susu ibu jap g eh. Sebenarnya ummi ni suka sebarkan sesuatu perkara yang boleh mebawa manfaat bersama. Ummi da gna cd ni pada hamizan…huhu..baby suka, abi suka, ummi lagi sukaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. Jimat duit abi kan..:p.

APA DIA CLOTH DIAPER?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

APA KEISTIMEWAANNYA?
Ia amat menjimatkan wang anda !
Oleh kerana lampin ini boleh di cuci dan di pakai semula, anda sekarang boleh menyimpan wang yang lebih.
Bayangkan sehelai lampin secara purata berharga 0.50 ¢ sehelai dan setiap hari anda menggunakan sekurang-kurangnya 8 helai lampin pakai buang. Ini bermakna anda membelanjakan RM 4 sehari = RM 120 sebulan = RM 1440 setahun.
Jika anda melaburkan wang anda dengan cloth diaper sebanyak RM 45 sehelai bermakna anda hanya membelanjakan RM 360 setahun dan boleh di gunakan semula sehingga 3 tahun!
Mana lebih jimat ? Dah tentu lampin kain bukan?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?
Rekaan yang sungguh unik dan moden !
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
Warna -warna yang memikat !
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.
Dan banyak lagi............

No comments:

Post a Comment