Nuffnang Ads

Wednesday, January 19, 2011

KOLIK

Jika bayi anda tidak sakit tetapi masih menangis berjam-jam tanpa sebab yang ketara, dia mungkin mengalami kolik. Secara am, bayi yang mengalami kolik menangis berjam-jam hampir setiap hari pada masa yang agak sama. Tangisan ini mungkin bermula dari minggu ke-2 atau ke-3 dalam hidupnya dan boleh berterusan sehingga bulan ke-3. 

Apakah yang menyebabkan kolik??

Sebab yang sebenarnya tidak diketahui secara tepat tetapi banyak teori telah dikemukakan. Antaranya ialah;
Gas yang terperangkap dalam salur penghadaman bayi menjadikannya tidak selesa.
Salur penghadaman bayi yang belum matang berkontraksi secara spasma (spasm) dan tidak lancar. Ini menyebakan kesakitan. Disebabkan oleh sistem saraf bayi yang belum matang untuk mengawal sesetengah kelakuan seperti menangis..

Mengharungi masalah kolik.

·         Tangisan berterusan oleh bayi yang mengalami kolik amat menggeramkan ibu bapa. Di sini terdapat beberapa ingatan untuk membantu anda.

·         Cuba seberapa yang boleh untuk kekal bertenang dan rasional.
·         Sentiasa ingat peringkat ini akan berlaku.
·         Anda bukan punca masalah tangisan bayi anda & jesteru anda tidak perlu berasa serba salah.
·         Mintalah bantuan apabila anda tidak dapat menangani lagi tangisan bayi anda. Jangan cederakannya.
·         Pastikan bayi bersendawa dengan bersungguh-sungguh semasa dan selepas penyusuan untuk mengeluarkan gas yang menyebabkan abdomennya tidak selesa.
·         Selain daripada cara-cara penyelesaian di bahgian “menangis”, cuba mendukung bayi anda dengan cara-cara berikut (Rajah A-C) untuk melegakan ketidakselesaannya. Anda boleh juga meletakkan bayi atas paha anda dan mengayuhkan paha anda dan mengayuhkan kakinya.



No comments:

Post a Comment