Nuffnang Ads

Sunday, March 27, 2011

TIPS: URUTAN PAYUDARA & PENGOSONGAN PAYU DARA

Urutan payudara dapat meningkatkan peredaran darah di payudara serta aliran susu dengan baik. Urutan ini juga mempunyai pengaruh positif terhadap pengeluaran susu. Urutan ringkas ini harus dilakukan sebelum sesi menyusui, (juga sebelam melakukan sesi memerah) terutama pada hari-hari pertama dan minggu selepas kelahiran bayi anda untuk mengelakkan pembengkakan. Hal ini adalah langkah pencegahan radang payudara. Urutan payudara harus dilakukan dengan lembut dan tidak boleh menyakitkan. Ibu-ibu diingatkan, mencuci tangan dengan bersih dan teliti sebelum memulakan aktiviti urutan, penyusuan atau memerah susu. Langkah-langkah urutan dan pengosongan payudara adalah seperti berikut:  

*  Letakkan payudara anda antara tangan anda (rajah 1), yang harus diadakan secara horizontal (melintang), dan memindahkan rangkaian kelenjar belakang dan ke depan - seperti terlihat pada gambar. Selepas itu, anda ulangi cara/prosedur yang sama dengan meletakkan payudara anda antara tangan anda secara menegak (rajah.2)

*  Satu tangan menyokong payudara. Tempat 3-4 hujung jari tangan anda yang lain datar pada payudara dan urut rangkaian kelenjar dengan gerakan melingkar. Hujung jari dihalakan 2-3 cm setiap sekarang dan kemudian dan prosedur ini diulang sehingga anda telah mengurut seluruh payudara (rajah.3).

*  Gunakan jari anda dengan lembut membelai payudara dari pangkal areola ke puting. Melalui gerakan ini, anda boleh membawa susu mengalir untuk keluar (rajah 4).

*  Cuba untuk lembut memerah setitik susu dengan meletakkan ibu jari dan jari (seperti yang ditunjukkan dalam rajah.5 bawah) di belakang areola dan menekan sedikit arah dada. Kemudian, dengan menerapkan tekanan lembut, gerakkan ibu jari dan jari ke arah puting tanpa menggosok kulit. Anda boleh merasai puting payudara anda akan mengeluarkan susu (setitis sehingga mengeluarkan asu yang banyak) dan pengeluaran susu ini akan menggalakkan bayi anda menghisap payudara.

*  Pengulangan gerakan rajah 5 sekitar areola boleh dilakukan sewaktu payudara tegang (untuk aktiviti penyusuan atau EBM) dan cara ini juga dapat memastikan bahawa payudara anda benar-benar sudah kosong (payudara menjadi lembut berbeza payudara yang tegang/bengkak sebelum ini kerana susu yang banyak).  Atau anda juga boleh mengekspresikan/memerah susu badan anda dengan menggunakan pam payudara.

 SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 25, 2011

Pam Susu mana yang sesuai???????

Salam. Pagi yang indah... Ummi ada terbaca satu info dari mommy lyna: http://mysuperkids.net/ (upline ummi yg sgt baik ht). Info yang sgt menarik untuk berdiskusi. Info  mengenai "Pam Susu mana yang sesuai???????". Jom baceeee...

Memang satu perkara normal dan agak wajib bagi ibu bekerja yang merancang untuk exclusive/full BF tercari2 breast pump (pam susu). Dan soalan2 seperti “Kau pakai pam apa?”, “Pam apa paling bagus?” itu memang biasa lah.
Jawapan saya biasanya “Subjektif dan bergantung pada beberapa perkara”.
Tapi harus ingat, pam ni bukan perkara wajib yang menjadikan ‘tidak boleh buat’ sebab ketiadaannya. Bukan macam wuduk kalo nak solat ye, tak boleh solat kalo tak ada wuduk, tapi BOLEH breastfeed walaupun kerja kalo tak ada pam. Ini kerana saya pernah beberapa kali tersadung dengan pernyataan begini “Saya tak mampu nak beli pam mahal2.. nampak gaya tak dapatla BF lama2″. Dan ada pulak yang “Ruginya beli pam mahal2, dapat BF 2 bulan je, pastu susu dah takde”.
Jadi, apakah perkara yang perlu dilihat untuk pembelian pam yang berbaloi?
  1. Ilmu tentang EBF (Exclusive BF) walaupun bekerja. *Exclusive BF adalah bagi baby susu ibu saja, tanpa air masak, solids, FM, etc. kalo dah solids namanya fully BF.
    • Pam susu bukan alat untuk memancutkan susu dari payudara sekiranya anda tak berilmu. Ia bukan macam pam air parit, bila kita pam air keluar memancut2 dan mengeringkan parit. Bila taknak pam kita biar je.
    • Usah ghairah beli pam mahal2 atau pumping gear bagai tapi dalam kepala & dada masih kosong. Dapatkan ilmu dulu sebelum nanti rasa rugi pula beli barang2 tu tapi tak dapat nak exclusive BF pun.
    • Jadi menuntut lah tentang penyusuan sebelum mengambil keputusan untuk exclusive BF sambil bekerja.
  2. Budget.
    • Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kalau budget ada seratus dua, jangan target yang riban2.
    • Betul, makin mahal sesuatu breastpump, makin baguslah. Tapi berpada2 lah dengan budget, study dulu jangan main tibai ikut orang. Breastpump ni wide range, sesuai untuk setiap kelas. Contohnya kalau nak double pump, kalau yang murah sikit, Spectra, mahal sikit Ameda, mahal lagi Medela (sekadar contoh). Kalau bajet sekitar RM400, belila Spectra3, jangan pulak gi beli Medela Freestyle yang RM2000. Kan duit lebih tu boleh buat benda lain, beli lampin, baju, carseat, dan sebagainya. Jimat kan?  

  3. Nature of work.
    • Waktu di pejabat berapa jam sehari? Kerja sibuk ke? Ada banyak masa senggang tak? Kena travel tak?
    • Kalau kerja yang sibuk, mungkin perlukan double pump supaya cepat sikit.
    • Kalau tempat pam susu tak ada power point atau boss tak bagi pakai power supply ofis, mungkin kena pakai manual pump.
    • Kalau kerja asyik travel, kena la pakai pam yang ringan dan sesuai untuk travel.
    • Kalau tak sempat pam di pejabat tapi drive dalam jem, mungkin perlukan pam yang boleh sambung ke power point dalam kereta.
  4. Suka pam yang macamana?
    • Ada orang dia memang suka yang auto-operated (macam saya). Jadi kut2 manapun dia akan cari yang elektrik punya.
    • Ada orang dia memang suka manual, jadi kut2 manapun dia nak manual jugak.
    • Ada jugak orang berpendapat, elektrik sakit nipple dan manual lenguh tangan, tapi tidak bagi 2 golongan di atas.
    • Jadi agak2lah mana satu yang berkenan di hati dan di jari.

Wednesday, January 19, 2011

TIDUR


Ibu yang mempunyai bayi yang baru lahir amat menghargai peluang untuk tidur lena. Maklumlah, tidur sangat penting untuk anda dan bayi anda. Tidur membantu bayi anda membesar& berkembang secara optimum. Kebanyakan bayi baru lahir perlu tidur lebih kurang 16 jam sehari.

Walaupun keperluan tidur untuk setiap bayi adalah unik, anada boleh membantu bayi anda membina corak tidur yang baik.

  • Ajar bayi anda perbezaan antara siang & malam. Misalnya biar bayi tidur di ruang tamu pada waktu siang. Bercakap dan bermain dengannya ataupun mainkan muzik untuknya. 
  • Pada waktu malam kurangkan kebisingan dan permainan yang meransangkan dan biar bayi tidur dalam kot biliknya. Lambat laun, bayi akan mengaikan malam dengan rehat dan tidur. 
  • Bina satu rutin masa tidur seperti memandikannya, menukar baju tidur untuknya dan menyusukannya. 
  • Apabila bayi hampir tidur dalam dukungan anda,letakkannya dalam kot. Kemudian tinggalkan biliknya.
  • Jika bayi merengek dan menangis masuk semula ke biliknya dan usap kepalanya tanpa mengangkatnya. Bayi akan berasa selamat dan belajar untuk tidur semula.

TIDUR DENGAN SELAMAT
Tip-tip untuk membantu bayi anda tidur dengan selamat sepanjang malam:
·         Biar bayi tidur terlentang melainkan jika doktor menyarankan cara lain.
·         Gunakan tilam yang tegap dan elakkan pengguanaan bantal, mainan lembut (stuffed toys) dan kain selimut (comforter) yang disikan dengan kapas/kekabu., yang oleh menyebabkan bayi lemas.
·         Pastikan bilik bayi mempunyai ventilasi yang baik. Bayi tidak patut berasa panas.
·         Bayi anda boleh tidur dalam bilik anda tetapi tidak patut berkongsi katil dengan anda atau abang/kakaknya.
·         Jangan merokok di sekeliling bayi terutamanya dalam biliknya.

KOLIK

Jika bayi anda tidak sakit tetapi masih menangis berjam-jam tanpa sebab yang ketara, dia mungkin mengalami kolik. Secara am, bayi yang mengalami kolik menangis berjam-jam hampir setiap hari pada masa yang agak sama. Tangisan ini mungkin bermula dari minggu ke-2 atau ke-3 dalam hidupnya dan boleh berterusan sehingga bulan ke-3. 

Apakah yang menyebabkan kolik??

Sebab yang sebenarnya tidak diketahui secara tepat tetapi banyak teori telah dikemukakan. Antaranya ialah;
Gas yang terperangkap dalam salur penghadaman bayi menjadikannya tidak selesa.
Salur penghadaman bayi yang belum matang berkontraksi secara spasma (spasm) dan tidak lancar. Ini menyebakan kesakitan. Disebabkan oleh sistem saraf bayi yang belum matang untuk mengawal sesetengah kelakuan seperti menangis..

Mengharungi masalah kolik.

·         Tangisan berterusan oleh bayi yang mengalami kolik amat menggeramkan ibu bapa. Di sini terdapat beberapa ingatan untuk membantu anda.

·         Cuba seberapa yang boleh untuk kekal bertenang dan rasional.
·         Sentiasa ingat peringkat ini akan berlaku.
·         Anda bukan punca masalah tangisan bayi anda & jesteru anda tidak perlu berasa serba salah.
·         Mintalah bantuan apabila anda tidak dapat menangani lagi tangisan bayi anda. Jangan cederakannya.
·         Pastikan bayi bersendawa dengan bersungguh-sungguh semasa dan selepas penyusuan untuk mengeluarkan gas yang menyebabkan abdomennya tidak selesa.
·         Selain daripada cara-cara penyelesaian di bahgian “menangis”, cuba mendukung bayi anda dengan cara-cara berikut (Rajah A-C) untuk melegakan ketidakselesaannya. Anda boleh juga meletakkan bayi atas paha anda dan mengayuhkan paha anda dan mengayuhkan kakinya.